Malaysia
menewaskan Vietnam 2-0 pada
perlawanan separuh akhir
pertama Piala Suzuki AFF 2010
di Stadium Nasional Bukit Jalil
sebentar tadi..
Separuh masa pertama..
Pasukan Malaysia dn vietnam saling mengasak..Barisan Penyerang Vietnam tampak lebih berbisa walaupun tiga pemain penyerang utama mereka tidak dapat diturunkn akibat kecederaan dan sebab..sebab lain...Malaysia juga mendapat beberapa peluang untuk menjaringkan gol..namun tidak dapat diterjemahkan melalui jaringan..Malaysia juga melakukan beberapa cubaan dari luar kotak penalti namun..bola tidak menepati sasaran.....
Separuh masa kedua...Pasukan Malaysia tampil dengan lebih agresif...banyak serangan yang dapat dihasilkan oleh barisan penyerang negara....pada minit ke 57 sabre abu masuk menggantikan Mahali jasuli...Sejurus selepas itu,pasukan Malaysia berjaya menghasilkan gol..namun ia tidak dikira kerana offside...Malaysia terus mengasak kubu vietnam...hasilnya..minit61..hasil dari sepak percuma yang diambil oleh Syafiq Rahim dan ditanduk kemas oleh Safee Sali ..berjaya meletakkan Malaysia mendahului dengan 1-0....Amri Yahya dimasukkan pada minit ke 68 menggantikan Norshahrul Idlan Talaha....Corak permainan pasukan vietnam menjadi semakin kendur...Kesempatan itu diambil oleh pemain-pemain Malaysia untuk mengasak pasukan vietnam..Pada minit 81 hasil dari kesilapan penjaga gol vietnam yang tidak berjaya menangkap dngan kemas bola yg ditendang oleh pemain Malaysia..yg menyebabkan bola "muntah" di hadapan pintu gol vietnam..Peluang itu tidak disia~siakan oleh Safee sali yg menjaringkan gol ke 2 untuk Malaysia..Selepas itu,.giliran vietnam pula mengatur serangan demi serangan...Namun barisan pertahanan yang diterajui oleh Sabre,Muslim,Asrarudin,dan fazdli. masih ampuh bertahan..Pada minit 83..Khyril Muhymeen masuk menggantikan S Kunalan...Selaku penjaga gol pasukan Malaysia..Khairul Fahmi telah melakukan tugasnya dengan baik pada perlawanan ini..tamat perlawanan Malaysia 2-0 Vietnam..TAHNIAH KEPADA SKUAD HARIMAU MALAYA DAN PENYOKONG-PENYOKONG MALAYSIA!
No comments:
Post a Comment