cannaries warrior

cannaries warrior

Friday, December 31, 2010

HARIMAU MALAYA MENGHADIAHKAN KEMENANGAN

Pada 29 Disember yang lalu..Skuad Harimau Malaya telah bertandang ke Indonesia untuk perlawanan final ke 2...
Malaysia membawa bekalan selesa apabila telah berjaya menghasilkan 3 gol di Bukit Jalil tempoh hari...
Walaupun telah diundang pelbagai kontrovesi...Namun jelas sekali perang psikologi yang cuba dilakukan oleh pihak indonesia gagal untuk memadam semangat pihak Malaysia..Antara tomahan pada perlawanan itu..ialah mengatakan Pasukan Malaysia menggunakan bomoh..hahaha..so funny ..pandai depa wat lawak...Selain itu..pihak indonesia yang tidak berpuas hati kekalahan itu ..mula mengungkit semula tentang insiden laser..dan tomahan yang paling lawak ialah mengatakan Malaysia menggunakan 2 pemain import...pemain yang pertama ialah Mahali Jasuli yang dikatakan berasal dari Indonesia...pemain yang kedua ialah S Kunalan yang dikatakan berasal dari india....hahahahahaha..(gelak sampai trguling-guling dah ni)
Namun ..segala tuduhan yang tidak berasas itu tidak mampu melunturkan semangat anak buah Raja Gopal...
Pemain-pemain Malaysia dibawa dgn menaiki kereta kebal untuk ke stadium..ini berikutan kekhuatiran pihak indonesia atas keselamatan pemain-pemain Malaysia...

Malaysia telah menurunkan ..Khairul fahmi sebagai keeper..
Sabree abu,Muslim,Fadhli shaz Asrarudin sebagai pertahanan..
Ashaari,Amar Rohidan,Syafiq Rahim,S Kunalan sebagai midfield..dan 2 penyerang Malaysia ialah Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha...

1half....Indonesia terus bertali arus menyerang kubu Malaysia...Tetapi mereka tetap tidak berjaya untuk mencari jaringan ..Indonesia mendapat satu peluang keemasan apabila pengadil perlawanan memberi sepakan penalti kepada indonesia...namun pemain indonesia gagal untuk menjaringkan gol..kecekapan Khairul Fahmi tidak boleh disangkal...kerana telah menyelamatkan pintu golnya daripada dibocori....
Tamat separuh masa pertama Malaysia 0-0 Indonesia..

2half...Indonesia terus mengasak ke kubu Malaysia..namun tidak juga mendapat jaringan...Sekali sekala Malaysia menyerang memang cukup berbisa.....Diasyik kelekaan Indonesia menyerang..tiba-tiba Malaysia melakukan counter attack yg cukup berbisa...Ashaari membuat satu lorongan cantik kepada Safee Sali ..dan Safee Sali menyempurnakan dengan melakukan tendangan kaki kiri yg cukup padu dan terus menerjah ke gawang gol indonesia...golllll..
Sejurus selepas itu ..Skuad garuda pula bertali arus menyerang kubu Harimau Malaya..Kelekaan pertahanan Malaysia dihukum oleh pemain Indonesia...setelah tepisan Apek menyebabkan bola muntah yang disambar oleh Pemain indonesia dan terus menjaringkan gol penyamaan buat indonesia..
Selepas itu..Malaysia pula melakukan beberapa pergerakan menarik..namun tidak berjaya diterjemahkan dgn jaringan...
Selepas itu..skuad Garuda terus menyerangan kubu Malaysia...Satu tendangan diluar kotak penalti yg telah dilakukan pemain indonesia terkena kepala Muslim dan terus menewaskan Khairul Fahmi buat kali ke 2...
Malaysia melakukan beberapa pertukaran selepas itu..

TAMAT Perlawanan..Indonesia 2-1 Malaysia...Agregat Malaysia 4-2 Indonesia...Safee Sali telah dinobatkan sebagai Penjaring gol terbanyak dalam kempen Piala Aff Suzuki kali ini..

No comments:

Post a Comment