cannaries warrior

cannaries warrior

Saturday, November 13, 2010

FULL TIME MALAYSIA VS CHINA

Malaysia
layak ke Pusingan Kedua
bola sepak Sukan Asia
Ke-16 walaupun tewas 0-3
kepada China pada
perlawanan Kumpulan A di
Stadium Bolasepak Tianhe,
di sini.
Kemaraan Malaysia itu
sekaligus memecah
kebuntuan selama 32 tahun
untuk beraksi di Pusingan
Kedua acara bola sepak
Sukan Asia.
Walaupun menduduki
tempat ketiga di belakang
Jepun dan Korea Selatan
dalam Kumpulan A,
Malaysia layak ke Pusingan
Kedua kerana tiga mata
yang diperoleh hasil
kemenangan 2-1 ke atas
Kyrgyzstan pada Selasa
lalu membolehkan
Malaysia berada di
kedudukan terbaik
berbanding negara di
tempat ketiga dalam
kumpulan lain.
Kali terakhir skuad negara
layak beraksi di Pusingan
Kedua acara bola sepak
Sukan Asia ialah pada
tahun 1978 di Bangkok. Di
Doha, Qatar empat tahun
lalu, skuad kebangsaan di
bawah bimbingan Norizan
Bakar sekadar bermain di
peringkat kumpulan.
Pada perlawanan malam
ini, skuad negara terpaksa
bermain dengan lapan
pemain selepas Mahalli
Jasuli diberikan kad
kuning kedua, sekaligus
kad merah pada minit
ke-24 oleh pengadil
Williams Ben dari
Australia.
Seminit kemudian, ketua
pasukan Safiq Rahim pula
dilayangkan kad merah
kerana memprotes
keputusan pengadil
memberikan kad merah
kepada Mahalli.
Kad merah ketiga
dilayangkan kepada S
Kunalan pada minit ke-81.
Walaupun terpaksa
bermain dengan lapan
pemain, skuad negara yang
dibelenggu kecederaan
berjaya menyerap asakan
pasukan China daripada
membolosi gawang
Malaysia dengan jaringan
lebih besar.
Pasukan tuan rumah
bagaimanapun berjaya
membolosi gawang
Malaysia menerusi
tandukan Li Jianbin pada
minit ke-61 sebelum
sepakan leret Zhao
Hanglue pada minit ke-65
dari sebelah kanan pintu
gol Malaysia menewaskan
Khairul Fahmi Che Mat.
Tuan rumah mendapat gol
ketiga menerusi sepakan
penalti yang
disempurnakan oleh Zhang
Linpeng pada minit ke-83.

No comments:

Post a Comment