SeLaMaT HaRi RaYa
aIDiLaDHa..!diucapkan
kepada smua
rakan2..sanak..saudara..dan
smua umat
islam..Bersamalah kita
menghayati
Ibadah Qurban dengan
penuh keinsafan dan
keikhlasan......... . . KORBAN.... . . . . . . .KORBAN dari segi bahasa
bermakna dekat dan dari
segi istilah bermakna
menjalankan sesuatu
perintah agama atau taat
kepada perintah Allah
s.w.t. kerana ingin
mendekati diri kepada
Tuhan.
Ini bermakna setiap
manusia Muslim dituntut
supaya berkorban apa
sahaja yang termampu
untuk mendapat
keredhaan Allah serta bagi
menyatakan ketaatan
kepada-Nya sama ada
berbentuk fikiran, tenaga
atau harta benda.
Sejarah pengorbanan
manusia di atas muka bumi
ini ialah kisah dua orang
adik-beradik bernama
Qabil dan Habil, anak
kepada Nabi Adam a.s.
yang mana mereka berdua
pernah diuji, siapakah di
antara kedua-duanya yang
sudi mengorbankan
hartanya bagi menyatakan
ketaatan kepada Allah
s.w.t.
Di dalam surah al-Maidah
ayat 27 Allah mewahyukan
kepada Nabi Muhammad
s.a.w. kisah anak-anak
Adam a.s yang masing-
masing mempersembahkan
korban bermaksud:
Dan bacalah wahai
Muhammad kepada mereka
kisah (mengenai) dua
orang anak Adam (Habil
dan Qabil) yang berlaku
dengan sebenarnya, iaitu
ketika mereka berdua
mempersembahkan korban
(kerana mendampingkan
diri kepada Allah). Lalu
diterima kurban salah
seorang darinya (Habil)
dan tidak diterima
(korban) dari yang lain
(Qabil). Berkata Qabil
``Demi sesungguhnya aku
akan membunuhmu. Jawab
(Habil) hanya saya Allah
menerima (korban) dari
orang-orang yang
bertakwa.''
Mengikut ahli tafsir, Habil
adalah seorang penternak
kambing telah
mempersembahkan seekor
kambing yang terbaik
semata-mata kerana
mengikut seruan Allah
s.w.t. dengan ikhlas dan
penuh takwa serta ingin
mendekatkan diri kepada
perintah Allah. Sebaliknya
Qabil seorang petani telah
mempersembahkan
gandum yang buruk
lantaran ada perasaan
bakhil, dengki, malu dan
terpaksa, yang mana
akhirnya Allah menerima
korban daripada Habil.
Qabil yang kecewa di atas
pengorbanan yang ditolak
oleh Allah akhirnya
sanggup membunuh
saudaranya sendiri iaitu
Habil, semata-mata
kerana dengki tidak dapat
mengahwini adik
perempuan kembarnya
bernama Iqlima yang akan
dikahwinkan dengan Habil.
Inilah adalah sejarah
pembunuhan pertama
dalam sejarah manusia di
atas muka bumi ini.
Satu lagi kisah yang kita
dapat mengambil
pengajaran betapa
kepatuhan dan ketaatan
kepada perintah Allah
s.w.t. maka tiga orang
hamba Allah iaitu Nabi
Ibrahim, Siti Hajar dan
Nabi Ismail yang mana
mereka bertiga berkorban
tenaga dan daya usaha
bagi membangunkan tanah
Mekah sehingga menjadi
pusat pertemuan dan
perpaduan umat Islam dari
seluruh dunia hingga ke
zaman ini.
Menurut sejarah, Nabi
Ibrahim mempunyai isteri
pertama (Siti Sarah) yang
sudah tua dan tidak dapat
melahirkan anak. Siti
Sarah `menghadiahkan'
Siti Hajar seorang hamba
kepada suaminya Nabi
Ibrahim.
Allah s.w.t.
memerintahkan Nabi
Ibrahim dan Siti Hajar
meninggalkan Mesir dan
menuju ke Mekah. Dalam
perjalanan kedua-duanya
menghadapi kesulitan dan
kepayahan dengan
meredah padang pasir.
Apabila sampai di Mekah
Nabi Ibrahim meninggalkan
Siti Hajar keseorangan
sehingga melahirkan
seorang anak yang
dinamakan Ismail.
Bumi Mekah yang sering
kontang, tidak mempunyai
air dan tidak ada tumbuh-
tumbuhan menyebabkan
tidak ada orang yang
sanggup mendiaminya.
Tetapi sejarah telah
memaparkan kepada kita
betapa semangat
kecekalan Siti Hajar yang
dapat mengatasi cabaran
dan dugaan semasa
melahirkan anaknya Nabi
Ismail serta semasa
mencari air bagi
menyelamatkan dirinya
serta anaknya bagi
meneruskan kehidupan,
adalah bukti kepatuhan
dan ketaatan mereka
berdua kepada perintah
Allah s.w.t.
Apabila Nabi Ismail sudah
mulai membesar serta
dapat membantu kerja-
kerja yang dilakukan oleh
ayahnya Nabi Ibrahim,
maka timbullah rasa kasih
Nabi Ibrahim kepada
anaknya itu. Perasan kasih
itu timbul kerana Nabi
Ibrahim pada umur yang
sudah lanjut barulah
memperoleh seorang anak.
Maka Allah s.w.t. hendak
menguji kasih sayang Nabi
Ibrahim, adakah kasih
kepada anaknya melebihi
daripada kasihnya kepada
Allah. Surah as-Saffat
ayat 102-107 bermaksud:
Maka tatkala anak itu
sampai (kepada peringkat
umur yang membolehkan
dia) berusaha bersama-
sama dengannya, Nabi
Ibrahim berkata: ``Wahai
anak kesayanganku!
Sesungguhnya aku melihat
dalam mimpi bahawa aku
akan menyembelihmu:
Maka fikirkanlah apa
pendapatmu!'' Anaknya
menjawab: ``Wahai
bapaku! Jalankanlah apa
yang diperintahkan
kepadamu: Insya-Allah,
ayah akan mendapati daku
dari orang-orang yang
sabar.''
``Setelah keduanya
berserah bulat-bulat
(menjunjung perintah
itu), dan Nabi Ibrahim
merebahkan anaknya
dengan meletakkan iringan
mukanya atas tompok
tanah (Kami sifatkan
Ibrahim - dengan
kesungguhan azamnya itu -
telah menjalankan
perintah Kami). Serta
kami menyerunya ``wahai
Ibrahim!'' Engkau telah
menyempurnakan maksud
mimpi yang engkau lihat
itu!'' Demikianlah
sebenarnya kami
membalas orang-orang
yang berusaha
mengerjakan kebaikan.
Sesungguhnya perintah ini
ialah satu ujian yang
nyata; dan kami telah
tebuskan anaknya itu
dengan seekor binatang
sembelihan yang besar.''
Di dalam kitab tafsir
menceritakan bahawa
Syaitan cuba menghasut
Nabi Ibrahim, Nabi Ismail
dan Siti Hajar, lalu
dilontar dengan batu, dan
inilah yang dilakukan oleh
mereka yang melakukan
ibadat haji di mana
melontar di ketiga-tiga
jamrah adalah merupakan
salah satu daripada
perkara wajib haji.
Sebelum Nabi Ibrahim
melakukan penyembelihan
ke atas anaknya kerana
perintah Allah, Nabi Ismail
berpesan kepada ayahnya
iaitu:
- Ikatlah kedua-dua
tangannya supaya ayahnya
tidak terganggu.
- Mukanya ditelengkupkan
ke bumi supaya
ayahandanya tidak dapat
melihat wajahnya yang
mungkin menimbulkan
perasaan kasihan
kepadanya.
- Baju ayahnya diselakkan
supaya tidak dilumuri oleh
darah.
- Tajamkan pisaumu dan
cepatlah hiris ke leher
supaya mudah mati.
- Nabi Ismail menyuruh
ayahnya membawa pulang
bajunya untuk diberikan
kepada ibunya sebagai
kenangan.
- Nabi Ismail
menyampaikan salam
kepada ibunya dan
meminta ayahnya
memujuk ibunya supaya
beliau bersabar di atas
perintah Allah s.w.t.
- Nabi Ismail meminta
supaya jangan
menceritakan kepada
ibunya bagaimana cara
ayahnya menyembelih dan
mengikat tangan.
- Jangan biarkan kanak-
kanak masuk ke rumah ibu
supaya tidak bertambah
kesedihannya.
- Jika ayah berjumpa
dengan kanak-kanak yang
sebaya dengannya,
janganlah ayahnya
memandang kepadanya
supaya ayah tidak
berkeluh kesah dan
kesedihan.
Kisah Nabi Ibrahim yang
rela mengorbankan
anaknya sendiri, begitu
juga isterinya Siti Hajar
yang merelakan anaknya
dikorbankan dan anaknya
sendiri, Nabi Ismail yang
sanggup dikorbankan
adalah menunjukkan
kepada kita betapa
tingginya nilai
pengorbanan mereka
bertiga yang sanggup
melakukan apa sahaja
semata-mata kerana patuh
dan taat kepada perintah
Allah s.w.t.
Firman Allah surah al-Hajj
ayat 37 bermaksud: Daging
dan darah korban atau
hadiah itu tidak sekali-kali
akan sampai kepada Allah
tetapi yang sampai
kepada-Nya ialah amal
yang ikhlas yang
berdasarkan takwa dari
kamu.
Dalam suasana Hari Raya
Korban kita dituntut
melakukan ibadat korban
seperti sabda Nabi s.a.w.
yang bermaksud:
Daripada Aisyah bahawa
Rasulullah s.a.w. telah
bersabda, tidak ada
amalan anak Adam
(manusia) di hari Nahar
(Hari Raya Haji) yang
paling disukai oleh Allah
selain daripada
menyembelih korban.
Ternakan yang dikorban
itu akan datang kepada
mereka yang
melakukannya pada hari
Kiamat kelak seperti
keadaan asalnya, iaitu
lengkap dengan
tanduknya, bulunya dan
kukunya. Darah korban itu
lebih dahulu jatuh ke
suatu tempat yang
disediakan oleh Allah
sebelum dia jatuh ke bumi
(iaitu pahalanya
disegerakan oleh Allah)
maka dengan sebab itu
hendaklah kamu dengan
rela dan ikhlas hati
melaksanakannya untuk
keuntungan diri kamu
sendiri.
Pengorbanan para sahabat
dalam hijrah contohnya
adalah menunjukkan kasih
dan kepatuhan kepada
Allah lebih daripada
segala-galanya. Apakah
pula pengorbanan kita
kepada Islam?
Ketaatan dan pengorbanan
Qabil dan Habil memberi
pengajaran kepada
manusia supaya tidak
bakhil setelah mereka
memperoleh nikmat yang
banyak daripada Allah
s.w.t.
Mereka hendaklah
bersyukur kepada Allah di
atas nikmat yang banyak
dan tanda kesyukuran
ialah menginfakkan atau
membelanjakan sedikit
daripada hartanya sama
ada dalam bentuk yang
wajib (zakat) atau
membelanjakannya dalam
bentuk yang sunat.
Ketaatan dan pengorbanan
yang telah diasaskan oleh
Nabi Ibrahim, di mana
umat Islam seluruh dunia
telah mengorbankan
sebahagian daripada harta
benda mereka bagi
menghadiri muktamar
Islam sedunia dan
melakukan ibadat haji.
Nabi Ibrahim diperintah
oleh Allah untuk membina
Kaabah yang merupakan
rumah ibadat yang
pertama seperti yang
difirmankan oleh Allah di
dalam surah ali-Imran ayat
96-97.
Setelah selesai Nabi
Ibrahim membina Kaabah
maka Allah
memerintahkan Nabi
Ibrahim supaya menyeru
manusia supaya datang
untuk melakukan ibadat
haji. Firman Allah s.w.t.
dalam surah al-Hajj ayat
27-28 bermaksud:
Dan serukanlah umat
manusia untuk
mengerjakan ibadat Haji,
nescaya mereka akan
datang (ke rumah
Tuhanmu) dengan berjalan
kaki dan dengan
berkenderaan berjenis-
jenis unta yang kurus,
yang datangnya dari
berbagai jalan (dan ceruk
rantau) yang jauh,
``supaya mereka
menyaksikan berbagai-
bagai perkara yang
mendatangkan faedah bagi
mereka serta
memperingati dan
menyebut nama Allah,
pada hari-hari yang
tertentu, kerana
pengurniaannya kepada
mereka dengan binatang-
binatang ternak (untuk
dijadikan korban); dengan
yang demikian makanlah
kamu dari (daging)
binatang-binatang korban
itu dan berilah makan
kepada orang yang susah,
yang fakir miskin.
cannaries warrior
Tuesday, November 16, 2010
Saturday, November 13, 2010
FULL TIME KEDAH VS MASUM
PIALA EMAS RAJA-RAJA...KEDAH 3-1 MASUM...perlawanan berlansung ditempat lawan..ia berlangsung pada pukul 8.15pm tadi..dan tamat pada pukul 10.00 tadi..perlawanan berkesudahan dengan kedah menang ke atas masum dengan tiga jaring berbalas satu..Antara penjaring gol untuk pasukan kedah ialah Wan Asyraf..Hatapon..dan Fiqri...Kedah akan bertemu lagi dengan Masum dalam perlawanan timbal balik yang akan berlansung di Stadium Darul Aman pada 26.11.2010..
FULL TIME MALAYSIA VS CHINA
Malaysia
layak ke Pusingan Kedua
bola sepak Sukan Asia
Ke-16 walaupun tewas 0-3
kepada China pada
perlawanan Kumpulan A di
Stadium Bolasepak Tianhe,
di sini.
Kemaraan Malaysia itu
sekaligus memecah
kebuntuan selama 32 tahun
untuk beraksi di Pusingan
Kedua acara bola sepak
Sukan Asia.
Walaupun menduduki
tempat ketiga di belakang
Jepun dan Korea Selatan
dalam Kumpulan A,
Malaysia layak ke Pusingan
Kedua kerana tiga mata
yang diperoleh hasil
kemenangan 2-1 ke atas
Kyrgyzstan pada Selasa
lalu membolehkan
Malaysia berada di
kedudukan terbaik
berbanding negara di
tempat ketiga dalam
kumpulan lain.
Kali terakhir skuad negara
layak beraksi di Pusingan
Kedua acara bola sepak
Sukan Asia ialah pada
tahun 1978 di Bangkok. Di
Doha, Qatar empat tahun
lalu, skuad kebangsaan di
bawah bimbingan Norizan
Bakar sekadar bermain di
peringkat kumpulan.
Pada perlawanan malam
ini, skuad negara terpaksa
bermain dengan lapan
pemain selepas Mahalli
Jasuli diberikan kad
kuning kedua, sekaligus
kad merah pada minit
ke-24 oleh pengadil
Williams Ben dari
Australia.
Seminit kemudian, ketua
pasukan Safiq Rahim pula
dilayangkan kad merah
kerana memprotes
keputusan pengadil
memberikan kad merah
kepada Mahalli.
Kad merah ketiga
dilayangkan kepada S
Kunalan pada minit ke-81.
Walaupun terpaksa
bermain dengan lapan
pemain, skuad negara yang
dibelenggu kecederaan
berjaya menyerap asakan
pasukan China daripada
membolosi gawang
Malaysia dengan jaringan
lebih besar.
Pasukan tuan rumah
bagaimanapun berjaya
membolosi gawang
Malaysia menerusi
tandukan Li Jianbin pada
minit ke-61 sebelum
sepakan leret Zhao
Hanglue pada minit ke-65
dari sebelah kanan pintu
gol Malaysia menewaskan
Khairul Fahmi Che Mat.
Tuan rumah mendapat gol
ketiga menerusi sepakan
penalti yang
disempurnakan oleh Zhang
Linpeng pada minit ke-83.
layak ke Pusingan Kedua
bola sepak Sukan Asia
Ke-16 walaupun tewas 0-3
kepada China pada
perlawanan Kumpulan A di
Stadium Bolasepak Tianhe,
di sini.
Kemaraan Malaysia itu
sekaligus memecah
kebuntuan selama 32 tahun
untuk beraksi di Pusingan
Kedua acara bola sepak
Sukan Asia.
Walaupun menduduki
tempat ketiga di belakang
Jepun dan Korea Selatan
dalam Kumpulan A,
Malaysia layak ke Pusingan
Kedua kerana tiga mata
yang diperoleh hasil
kemenangan 2-1 ke atas
Kyrgyzstan pada Selasa
lalu membolehkan
Malaysia berada di
kedudukan terbaik
berbanding negara di
tempat ketiga dalam
kumpulan lain.
Kali terakhir skuad negara
layak beraksi di Pusingan
Kedua acara bola sepak
Sukan Asia ialah pada
tahun 1978 di Bangkok. Di
Doha, Qatar empat tahun
lalu, skuad kebangsaan di
bawah bimbingan Norizan
Bakar sekadar bermain di
peringkat kumpulan.
Pada perlawanan malam
ini, skuad negara terpaksa
bermain dengan lapan
pemain selepas Mahalli
Jasuli diberikan kad
kuning kedua, sekaligus
kad merah pada minit
ke-24 oleh pengadil
Williams Ben dari
Australia.
Seminit kemudian, ketua
pasukan Safiq Rahim pula
dilayangkan kad merah
kerana memprotes
keputusan pengadil
memberikan kad merah
kepada Mahalli.
Kad merah ketiga
dilayangkan kepada S
Kunalan pada minit ke-81.
Walaupun terpaksa
bermain dengan lapan
pemain, skuad negara yang
dibelenggu kecederaan
berjaya menyerap asakan
pasukan China daripada
membolosi gawang
Malaysia dengan jaringan
lebih besar.
Pasukan tuan rumah
bagaimanapun berjaya
membolosi gawang
Malaysia menerusi
tandukan Li Jianbin pada
minit ke-61 sebelum
sepakan leret Zhao
Hanglue pada minit ke-65
dari sebelah kanan pintu
gol Malaysia menewaskan
Khairul Fahmi Che Mat.
Tuan rumah mendapat gol
ketiga menerusi sepakan
penalti yang
disempurnakan oleh Zhang
Linpeng pada minit ke-83.
Friday, November 12, 2010
KEDAH VS MASUM
Piala
Emas
Raja-Raja 2010 | MASUM
vs. KEDAH | 13 NOVEMBER
2010(SABTU) | STADIUM
UiTM, SHAH ALAM | 8.45
MALAM.....Debaran perlawanan suku akhir piala emas raja-raja antara kedah dengan masum kian terasa....Rekod tanpa kalah pasukan kedah mnjdi pmbakar semangat untuk pemain-pemain kedah..pada perlwanan pertama kedah mng 4 gol brbalas 1gol dgn slangor...kemudiannya menang dgn melaka 0-3...dan akhir sekali seri dgn perak ..
Emas
Raja-Raja 2010 | MASUM
vs. KEDAH | 13 NOVEMBER
2010(SABTU) | STADIUM
UiTM, SHAH ALAM | 8.45
MALAM.....Debaran perlawanan suku akhir piala emas raja-raja antara kedah dengan masum kian terasa....Rekod tanpa kalah pasukan kedah mnjdi pmbakar semangat untuk pemain-pemain kedah..pada perlwanan pertama kedah mng 4 gol brbalas 1gol dgn slangor...kemudiannya menang dgn melaka 0-3...dan akhir sekali seri dgn perak ..
Malaysia vs China
Perlawanan ke3 bagi kedua-dua pasukan..beberapa tonggak utama pasukan malaysia tidak dapat diturunkan..Perlawanan akan berlansung di Guangzhou..China...Pada 13/11/10...Pukul 7.00 mlm waktu malaysia..
Subscribe to:
Comments (Atom)